Bagi korang yang gemar guna minyak wangi, pasti rasa kecewa jika bau wanginya tak boleh tahan lama, kan?

Bagi korang yang gemar guna minyak wangi, pasti rasa kecewa jika bau wanginya tak boleh tahan lama, kan?

Seperti yang mungkin korang pernah baca selama ini, minyak wangi akan lebih tahan lame jika di sembur pada titik-titik "spot" seperti leher, dan pergelangan tangan. Titik-titik "spot" ni suhunya lebih panas daripada bahagian tubuh lain, sehingga minyak wangi akan tetap harum walaupun seharian korang bekerja.
Ni tips cara guna perfume agar tahan lama melekat di tubuh korang?

1. Selepas mandi
Selepas mandi biasanya liang-liang kulit terbuka. Masa nilah yang tepat untuk korang sembur minyak wangi korang agar kulit boleh mengekalkan aroma wangi lebih lama.

2. Pergelangan Tangan
Sembur minyak wangi korang dan JANGAN GOSOK. Selepas sembur minyak wangi di tangan korang dan biarkan saja.

3. Bahagian Nadi.
Ade beberapa bahagian badan yang menjadi titik denyut nadi adalah kawasan yang sesuai untuk sembur minyak wangi dan membuat aromanya tahan lebih lama.  Contoh kat leher, pergelangan tangan, dan sekitar tekak, jangan sembur ke baju atau ketiak.
Cara menyembur minyak wangi yang paling bagus adalah semburkan ke nadi. Sebab nadi adalah merupakan saluran darah yang dekat dengan permukaan kulit yang mengeluarkan haba. cara ini bertujuan untuk membuat aroma minyak wangi terus merebak.

4. Bahu.
kalau korang sembur minyak wangi kat kedua bahu korang, maka sepanjang hari aroma ini akan membuat korang merasa segar.

5. Jangan simpan minyak wangi di bilik mandi
Elakkan juga simpan minyak wangi di bilik mandi. Tempat yang hangat dan basah boleh menyebabkan minyak wangi tersejat dan tak tahan lama.

6. Jangan di gosok
Jangan gosok minyak wangi yang sudah mengenai kulit, biarkan ia kering dan meresap ke kulit. ini akan buat korang sentiasa wangi je.

7. Tengok  jenis minyak wangi
Sebelum sembur minyak wangi ke tubuh korang, pastikan dulu jenis minyak wangi yang korang guna. ade beza jenis minyak wangi, beza juga cara penggunaanya, jika korang guna Eau de parfum jangan sembur di seluruh badan korang, cukup sekali sembur je.
Berbeza dengan body mist dan eau de toilett yang lebih cair, kerana boleh sembur ke seluruh badan.

Comments

Popular posts from this blog

Tahukah anda kesan silikon kepada wajah?